..Beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengannya. Bulan yang pada awalnya dipenuhi dengan rahmat manakala dipertengahannya pula dikurniakan pengampunan dan pada penghujungnya menjadi pembebasan daripada api neraka jikalau kita berjaya dengan cemerlang di akademi ini. Insya Allah. Ayuh! Sambutlah ia seperti kedatangan orang yang kita kasihi. Sambutlah ia dengan hati yang terbuka. Lapangkanlah dadamu seluasnya untuk menikmati kehangatan dan kebesaran bulan yang dianugerahkan Allah kepada hambanya. Janganlah pula menjadikannya seperti tiada erti, hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata..Oh no..!.rugi-rugi..
Mahu melakasanakan kebaikan, ianya tidak susah mana pun, tidak perlu menyorokkan diri dan lain-lain. Situasi ini pasti cukup berbeza bagi manusia yang ingin melakukan kesalahan. Betul tak?. Apakah contoh-contohnya.. Renungkan sejenak sahaja dan anda pasti menemuinya...
Akhir kata. Akan bersambung di lain-lain hari..:).
اهلا وسهلا يا رمضان